DUA EXCO PERAK DARI PKR SERTAI BN? ~ Ref Malaysiakini

Media melaporkan bahawa 2 orang Exco Kerajaan Negeri Perak dari PKR gagal dijejaki semenjak 4 hari lalu. Usaha untuk menjejaki mereka gagal.
Ramai mendakwa bahawa kedua-duanya iaitu Jamaludin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu telah 'diculik' oleh BN untuk tujuan politik. Adalah dijangkakan kedua-dua akan membuat pengumuman yang mengejutkan semua pihak.
Saya yakin perancangan ini dibuat oleh BN khasnya Umno untuk mengimbangi tindakan ADUN Bota yang menyertai PKR beberapa hari lepas.
Antara tawaran yang mungkin diberikan kepada 2 Exco tersebut pengguguran tuduhan rasuah; wang dalam jumlah besar dan lain-lain tawaran menarik.
Jika benar dakwaan ini, maka inilah satu taktik tidak bertamadun yang diamalkan oleh Umno/BN demi untuk menutup malu mereka yang kalah dalam Pilihanraya Kecil dan juga aib dengan penyertaan ADUN Bota ke dalam PKR.
Saya mendoakan kedua-dua Exco Perak ini tetap teguh dengan prinsip perjuangan dan tidak menggadai maruah masing-masing.

Comments

Anonymous said…
Bubarkan DUN Perak, buat pilihanraya baru supaya rakyat pilih yang kerajaan baru. InsyaAllah PR akan bertakhta dengan lebih kuat jika mereka telah jalankan amanah dengan baik. InsyaAllah.
Anonymous said…
apa rasanya jika 2 org pkr sertai umno. Begitulah rasanya parti umno. Sememangnya melompat parti ini adalah satu cara yang tidak boleh di terima dan telah mengkhianati pengundi di kawasan tersebut. Sepatutnya lompat parti ini perlu diharamkan. Tumpukan sahaja perhatian mentadbir kerajaan negeri dari sibuk berpolitik. Diharapkan PR terus memerintah bagi membuktikan kepada pengundi BN bahawa mereka dapat menjalankan amanah rakyat dengan ikhlas dan berkesan. Tak tau lah yop.....
tok ggawo said…
assalamualaikum !

jenguk aku sat, aku terkedu.
Anonymous said…
Bullshit lah. Bila Adun UMNO lompat parti tak ape pulak. tak suruh pulak dia teguhkan prinsip, jangan gadaikan maruah bla bla..
Anonymous said…
aku x heran adun PKR ni nak lompat parti sebabnya kebanyakkan ahli PKR ni serpihan umno.2 x 5 jg caranya.
bn ada prinsip.
Prinsip bn ialah amalan rasuah.
Boleh katakan yang berasuah lah yang akan join bn.
Pakatan Rakyat tak nak orang yang makan rasuah .

Apa jenis PM dan jenis TPM yang akan tarik kedua exco PR yang didakwa dengan rasuah.
Makna nya PM dan TPM sokong rasuah.
Ini ke nilai melayu?
Ini ke nilai Islam?
Ini ke cara Malaysia maju?
Rakyat harus tempeling muka PM dan TPM.