Ternyata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin langsung tidak menghormati Umno apabila didakwa mengelak untuk berjumpa dengan pimpinan Umno. Seperti yang kita semua sedia maklum Umno sangat ingin bertemu Perdana Menteri kerajaan tebuk atap ini bagi berbincang mengenai syarat baru kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) dalam usaha menyelamatkan gabungan itu.
Jelas Muhyiddin begitu takut dan kecut perut untuk bersemuka dengan pemimpin Umno kerana beliau sebenarnya tidak mahu melantik Timbalan Perdana Menteri dari Umno.
Sumber dalaman Umno menyatakan semalam bahawa beberapa percubaan pemimpin Umno untuk berjumpa dengan Muhyiddin sejak mesyuarat
Majlis Tertinggi Umno membuat mencapai keputusan untuk kekal menyokong Kerajaan PN tidak menjadi kenyataan.
"PM sepatutnya berjumpa dengan seorang pemimpin utama Umno pada Rabu atau Khamis minggu lepas.
"Tetapi, tidak jadi. Sebabnya PM terlalu sibuk. Sekali lagi, PM tidak dapat jumpa semalam atas alasan dia perlu ke Pagoh."
"Jadi, kami fikir Muhyiddin mengelak berjumpa Umno untuk bincang syarat baru," kata satu sumber tersebut kepada portal online Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini syarat-syarat baru yang sepatutnya diserahkan kepada Muhyiddin dalam usaha Umno kekal sokong Bersatu dalam Kerajaan PN.
Comments