DI SAAT RAKYAT SENGSARA DUN KELANTAN LULUS USUL NAIK GAJI DI SAAT RAKYAT SENGSARA

 


Di saat rakyat Kelantan sengsara dengan kemiskinan dan kesan COVID-19 serta masalah air yang tidak pernah selesai hari ini Dewan undangan negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan rang undang-undang (RUU) saraan anggota pentadbiran dan ahli-ahli dewan negeri pindaan 2020.

RUU itu dicadangkan timbalan menteri besarnya, Mohd Amar Abdullah sebagai suatu enakmen dengan tiga kali bacaan.

Sudah sampai masanya rakyat Kelantan b.angkit menegur kerajaan Kelantan pada PRU15 nanti. Mereka senang-senang menaikkan gaji, membeli mercedez baru sedangkan rakyat terus sengsara. Betul-betul kerajaan Kelantan ini tidak berhati perut

Mohd Amar (PAS- Panchor) ketika membentangkan cadangan tersebut berkata, pindaan dikemukakan berikutan keadaan terkini yang mencabar kepada anggota-anggota pentadbiran dan Adun.

Ia, katanya, juga bagi menyelaraskan dengan elaun di negeri-negeri lain.

"Selain daripada itu, tugas anggota pentadbiran dan Adun semakin berat dan membawa harapan tinggi daripada rakyat terutama berhadapan dengan pandemik Covid-19.

"Oleh yang demikian kerajaan mencadangkan pindaan dibuat ke atas RUU berkenaan.

"Adalah diharapkan dengan pindaan ini akan mendorong anggota pentadbiran dan ahli-ahli yang berhormat untuk bekerja lebih gigih dan membantu untuk berkhidmat kepada orang ramai pada tahap yang maksimun," katanya pada Persidangan DUN Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

RUU itu tidak menyebut jumlah kenaikan yang akan diperoleh mereka. Bagaimanapun, terdahulu media melaporkan Adun dan exco negeri bakal menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3,000 hingga RM5,000 seorang.

Menurut Mohd Amar, wakil rakyat di Kelantan diibaratkan seperti pegawai kebajikan kerana ramai masyarakat di kawasan memerlukan perhatian dan bantuan mereka. 

Selepas pembentangan itu Speaker DUN Kelantan, Abdullah Yaakob, memberi laluan untuk cadangan tersebut dibahaskan, namun tiada seorang pun wakil rakyat berbuat demikian sekali gus diluluskan sebulat suara.

Kenaikan itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan.

Comments