BAJET 2021 : TAK HABIS-HABIS NAK TIPU RAKYAT


Antara perkara yang memeranjatkan dalam pembentangan Bajet 2021 Jumaat lalu ialah peruntukan RM81juta untuk JASA. Ianya mengatasi banyak peruntukan lain contoh insentif untuk fronliners, nelayan dan lain-lain. 

"Tak habis-habis nak tipu rakyat" itu komen Alang Ahmad seorang penganggur di Melaka ketika ditanya tentang bajet tersebut.

Manakala bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Mohd Puad Zarkashi meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah supaya tidak apologetik berhubung Jasa kerana menurutnya ia memang agensi politik kerajaan.

Katanya, Saifuddin tidak perlu defensif bahawa Jasa tidak mempunyai kaitan politik kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Saifuddin Abdullah tidak perlu defensif bahawa Jasa tidak ada kaitan politik kepada kerajaan.

"Dalam kenyataannya, Jasa akan bertindak sebagai agensi penyebaran maklumat dan komunikasi kerajaan secara strategik. Itu memang tujuan Jasa. Ia tetap dikaitkan dengan politik. Jangan apologetik.

Comments