WAN AZIZAH MASUK HOSPITAL


KUALA LUMPUR, 7 Okt -- Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak semalam.

Suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara itu melalui kemas kini laman Facebook beliau.

“Azizah dirawat di PPUM sejak semalam. COVID-19 negatif. Pemeriksaan umum diteruskan. Doakan, insya-Allah,” tulis Anwar tanpa menyatakan masalah kesihatan yang dihadapi isteri
nya.

Selain itu menurut sumber terdekat, Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat PKR, ketika ini berada dalam keadaan stabil dan tidak membimbangkan.

-- BERNAMA

Comments