UNDIAN BELANJAWAN PELUANG TERAKHIR UNTUK ANWAR?


Adakah Anwar Ibrahim masih mempunyai peluang mengambil alih Putrajaya dari Perikatan Nasional?

Keputusan mesyuarat MT Umno 2 hari lepas itu menutup peluang untuk Anwar menjadi perdana menteri.

Harapan terakhir ketua pembangkang itu untuk meneruskan rencananya sekarang adalah dengan mengalahkan Belanjawan 2021 kerajaan, yang akan dibentangkan di parlimen bulan depan.

Namun, itu bukan suatu tugas yang mudah bagi Anwar.

Salah satu cabarannya, kata Chin, Anwar tidak akan mendapat sokongan ahli parlimen Umno setelah keputusan parti itu kelmarin.

Anwar mesti berusaha agar sekurang-kurangnya 3 atau 4 orang Ahli Parlimen Umno dan kesemua Ahli Parlimen Warisan, Pejuang, PSB dan bebas menolak belanjawan tersebut. Ini bukan satu tugas mudah kerana Tun Mahathir sendiri seolah-olah telah berkerat rotan dengan Anwar.

Ahli-ahli Parlimen Umno sendiri dilihat tidak berani untuk menongkah arus menyokong Anwar.

Anwar yang merupakan presiden PKR, membuat pengumuman yang mendakwa bahawa dia mempunyai sokongan anggota parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan, sehingga menimbulkan spekulasi kuat bahawa ahli parlimen Port Dickson itu berjaya membuat anggota parlimen kerajaan termasuk dari Umno beralih sokongan kepadanya.

Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, pada hari yang sama dengan pengumuman Anwar, mengatakan bahawa banyak ahli parlimen BN dan Umno telah menyuarakan sokongan mereka terhadap Anwar.

Bagaimanapun, sejumlah ahli parlimen Umno secara terang-terangan menafikan terlibat dalam rancangan Anwar.

Anwar mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong pada 12 Oktober, di mana dia sepatutnya menyampaikan jumlah sokongannya kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, tetapi istana dalam satu kenyataan kemudian mengatakan bahawa ketua pembangkang tidak menyerahkan senarai nama kepada baginda.

Dilaporkan bahawa mesyuarat MT Umno petang Isnin lalu telah membincangkan idea untuk menyokong Anwar, tetapi kemudian memutuskan untuk kekal menyokong Muhyiddin dan PN serta menolak bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Comments