TERKINI:'ABAH' SENYUM, UMNO TAKUT BUAT KEPUTUSAN DRASTIK.


KUALA LUMPUR 27 OKT :  Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini mencapai keputusan untuk kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun menggesa penambahbaikan kerjasama berdasarkan nilai penghormatan dan konsensus politik.

Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menolak kerjasama dengan PKR dan DAP.

Jelas sekali Umno pengecut dan tidak berani membuat keputusan drastik demi kesejahteraan rakyat. Umno sebenarnya hanya mementingkan politik mereka. Objektif utama Umno hanyalah mahukan parlimen dibubarkan. Mereka menyokong Muhyiddin buat sementara ini bagi menunggu pembubaran parlimen pada masa yang sesuai. 

Muhyiddin sudah tentu tersenyum dengan keputusan Umno ini. Bermakna nyawa beliau sebagai PM masih ada. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Umno Zahid Hamidi di PWTC berakhir pada 12.30 pagi tadi.

"Majlis Kerja Tertinggi Umno mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP.

"Ahli-ahli Parlimen Umno akan terus mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Umno menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan political consensus," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis Tertinggi Umno bersidang malam ini dikatakan membincangkan isu-isu yang dibangkitkan semasa mesyuarat Ahli Parlimen BN di Kuala Lumpur petang tadi.

Ia diadakan selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin gagal mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk pengisytiharan darurat, yang seterusnya menimbulkan tanda tanya terhadap sokongan Umno terhadap kerajaan PN.

Comments