Aziz Shamsuddin meninggal dunia


KUALA LUMPUR, 17 Okt -- Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri  Abdul Aziz Shamsuddin, 82, meninggal dunia pada kira-kira 11.52 malam tadi. 

Perkara itu dimaklumkan dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi Majlis Perundingan Melayu (MPM).

"Solat jenazah akan diadakan di Bukit Damansara selepas solat subuh hari Sabtu, 17 Okt 2020 (hari ini). Namun demikian, kami mohon maaf SOP PKPB hanya mengizinkan 20 orang sahaja untuk melaksanakan solat jenazah.

"Jenazah akan dikebumikan di Gopeng, Perak," menurut MPM dalam hantaran itu. 

Menerusi hantaran itu juga, MPM memohon agar orang ramai dapat mendoakan Allahyarham dan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan para solihin.  

Comments