Malaysia mencatatkan 869 kes baru yang kesemuanya merupakan penularan tempatan.
Angka ini merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan di Malaysia sejak wabak itu melanda negara.
Daripada jumlah itu 745 kes melibatkan warganegara malaysia.
Sabah terus menyumbang kes harian tertinggi dengan terbaru 451 kes, iaitu 51.9 peratus daripada keseluruhan kes baru dalam tempoh 24 jam di seluruh negara.
Empat kematian yang direkodkan hari ini juga adalah dari Sabah. Ini merupakan hari kesepuluh berturut-turut kematian akibat Covid-19 dilaporkan di negeri itu, dengan jumlah keseluruhan dalam tempoh itu adalah 38.
Sementara itu, Selangor mencatat 159 kes baru, Kuala Lumpur 15 kes dan Putrajaya dua kes. Ketiga-tiga kawasan ini kini berada di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Ini menjadikan jumlah kes aktif ketika ini 6,886 kes.
Kesemua mereka sudah diasingkan dan sedang menerima rawatan.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini turut memaklumkan bahawa lima kluster baru dikesan.
Gambar sekadar hiasan
Comments