MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR LEMAH DAN LEMBAP? WAJIB LETAK JAWATAN


KUALA LUMPUR 5 SEPT : Ramai pihak menyifatkan Kementerian Alam Sekitar dan Air lemah dan lembap dalam menjalankan tanggungjawab menguruskan air di negara kita. Setiap kali berlaku pencemaran ada sahaja alasan yang diberi dan kerapkali pula menyatakan sedang dalam usaha untuk mengetatkan undang-undang. Tetapi kerja tetap tidak dijalankan dengan berkesan.

Menteri KASA (atau MEWA) Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pindaan ke atas peruntukan undang-undang sedia ada juga akan disegerakan agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah. Itulah sahaja yang boleh beliau katakan.

Katanya langkah itu dibuat agar ia memberi pengajaran dan balasan setimpal dengan apa yang mereka dilakukan.

Pindaan ini telah dicadangkan oleh kerajaan PH sejak Februari 2020 tetapi terbantut kerana 'rompakan kuasa' kerajaan tebuk atap pada Mac 2020. Akhirnya akta ini sehingga sekarang tidak dipinda. Menteri hanya memberikan alasan dan cuba mengelak dari mengakui kelemahan dan kelembapan dirinya sendiri.

"Pindaan yang dibuat akan membabitkan Seksyen 121 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Span dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.

Menteri KASA ini mesti letak jawatan segera kerana terbukti beliau gagal menjalankan tugas dengan berkesan dan bertanggungjawab. 

Walaupun telah dikenakan kompaun RM60,000 sebelum ini, namun syarikat berkenaan tetap mengulangi kesalahan sama. Jumlah denda tersebut tidak akan menghentikan syarikat terbabit melakukan jenayah itu.

Menurut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, pemilik syarikat terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak melebihi RM500,000 atau sebatan atau ketiga-tiganya sekali.

Lesen syarikat perlu dibatalkan dan tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh lima tahun akan datang.

Persoalannya mengapa Kementerian dan Jabatan terbabit begitu lemah dalam penguatkuasaan dan pemantauan.

Comments