Kenyataan akhbar Pengerusi PH Melaka - Adly Zahari
1. Saya dikhabarkan oleh rakan PN bahawa Datuk Pegawai Kewangan Negeri Melaka ditukarkan serta merta bermula sabtu ini.
2. Pertukaran kakitangan awam adalah perkara biasa, ditukarkan dengan tergesa-gesa adalah luar biasa.
3. Pegawai kewangan sediada bagi saya cukup cemerlang. Berjaya meningkatkan pendapatan negeri pada 2019 berbanding 2018 dengan lebihan kewangan sebanyak RM17 juta pada 2019.
4. Melaka mendapat manfaat dengan kerja keras beliau disamping berjimat. Rumah Peduli, Bas Percuma, Lampin Pakai Buang, susu untuk makanan, parking percuma, kad kesihatan dan puluhan inisiatif kerajaan adalah hasil dari pengurusan kewangan yang cekap dari pegawai berintergriti.
5. Selaku penjawat awam, perkara biasa ditukar tempat kerja, beliau tidak rugi, yang rugi adalah negeri dan rakyatnya kerana kehilangan pegawai kewangan yang cekap dan amanah.
6. Persoalannya kenapa beliau ditukar serta merta? Apakah amalan tender terbuka yang menjadi amalan kewangan menjadi punca beliau ditukar?
7. Yang paling menjadi persoalan, arahan siapa bagi menukar pegawai kewangan negeri?
8. Tidak mungkin YAB Ketua Menteri menukar pegawai kewangan negeri yang cekap dan amanah dalam keadaan rakyat negeri Melaka berdepan dengan covid 19, pendapatan negeri yang berkurangan dan perbelanjaan pembangunan yang saya jangkakan mencapai hanya 24% sehingga September 2020.
9. Nasihat saya biarlah YAB Ketua Menteri yang memimpin negeri. Malang bagi negeri Melaka dan rakyatnya kehilangan kakitangan awam yang cekap dan amanah.
10. Penjawat Awam yang amanah, dicampak kedarat menjadi gunung, dicampak kelaut menjadi pulau.
11. Yang “mencampak” pastilah gembira, yang menerima bebannya adalah rakyat.
12. Hentikan pembulian kepada penjawat awam.
Adly Zahari
Comments