12.30 : Wisma Wanita, Kota Kinabalu - DUN Api-api secara rasmi akan menyaksikan pertarungan sembilan penjuru.
Pegawai pengurus SPR mengumumkan bahawa tidak ada borang pencalonan yang ditolak.
Urutan nombor undi bagi calon Api-api adalah seperti berikut:
1. PPRS - Lo Yau Foh
2. PGRS - Chong Tze Kiun
3. Bebas - Marcel Jude
4. LDP - Chin Su Phing
5. PCS - Pang Yuk Min
6. PBS - Yee Moh Chai
7. Bebas - Ng Chun Sua
8 PKR - Christina Liew Chin Jin
9. Bebas - Sim Sie Hong
Penyandang DUN itu, Christina Liew yang juga Ketua PKR Sabah mengatakan dia terkejut kerana begitu banyak orang bertanding di kerusi yang sama.
12.12 - Pertandingan sesama sendiri antara sekutu-sekutu PN, BN, PBS dan lain-lain bukti gabungan itu dalam keadaan haru-biru dan tiada kesepaduan. Demikian tegas beberapa anak muda Sabah yang kami temui.
11. 59 - Dewan Jabatan Kerja Raya Sembulan, Kota Kinabalu - Tanjung Aru secara rasmi akan menyaksikan pertembungan lapan penjuru.
Pegawai pengurus SPR mengumumkan lapan calon serta urutan nombor undi mereka.
Calon serta nombor undi adalah seperti berikut:
1. Yong Oui Fah - PBS
2. Jan Chow - Bebas
3. Ibrahim Mohd Laiman Diki - LDP
4. Shafik Risaib Shah - Usno
5. Noran Addy Sukiran - PCS
6. Rizawani Fiona Heng - PGRS
7. Junz Wong - Warisan
8. Mohd Reduan Aklee - BN
Wong dilihat menyapa sekumpulan kecil kira-kira 15 penyokongnya sebelum meninggalkan pusat penamaan calon.
Sementara itu, terdapat kira-kira 20 penyokong BN yang dilihat berbual dengan Mohd Reduan. Dia juga mengambil beberapa gambar bersama mereka sebelum beredar.
Pertandingan enam penjuru akan berlaku di Gum Gum dan Sungai Manila, sementara pertandingan lima penjuru bakal disaksikan di Sungai Sibuga.
BN, Warisan, Parti Cinta Sabah, LDP dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah meletakkan calon mereka di ketiga-tiga kerusi tersebut.Pesaing keenam di Gum-Gum adalah calon bebas Yunus Nordin, sementara kakitangan awam yang bersara K Zulkipli @ K Zulkipli Harrith bertanding di Sungai Manila untuk Usno.
Comments