LEBIH 50 TAHUN PERINTAH SEKARANG BERJANJI LAGI


Semalam Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah yang penuh kontroversi Bung Moktar Radin berjanji lagi bagi pihak BN. Beliau berberkata Aku Janji Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memastikan setiap daerah di Sabah mempunyai kemudahan asas yang mencukupi sekiranya gabungan itu diberi mandat menerajui kerajaan negeri itu.

Tidak sedarkah Bung bahawa rakyat Sabah telah ditipu untuk kesekian kali. Sudah 16 kali pilihanraya janji yang serupa diungkapkan. Tidak malukah Bung berjanji lagi.

Inilah sifat pemimpin BN yang penuh tipu muslihat. Tetapi akhirnya yang senang dan kaya pemimpin rakyat terus miskin dan susah. Kemudahan asas seperti air dan elektrik pun gagal diselesaikan oleh BN walaupun lebih 50 tahun memerintah Sabah berbanding Warisan baru 2 tahun lebih memerintah.

Rakyat Sabah sudah pasti sedar tentang perkara ini dan tidajk rela ditipu untuk kesekian kalinya. Malah Bung sendiri pun kaya raya dan penuh dengan kontroversi mana mungkin rakyat Sabah percaya padanya.

Kandungan penuh Aku Janji ini kita akan keluarkan dalam satu kenyataan dan ia merangkumi semua perkara termasuk pembangunan, ekonomi, modal insan, wanita, dan kebajikan. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran 'Aku Janji' gabungan itu yang terdiri daripada BN, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) oleh Perdana Menteri merangkap Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara pemimpin DAP Lim Kit Siang membongkar penipuan BN sejak 1990-an lagi. Ketika berkempen untuk tujuh calon Warisan Plus dari kawasan Sandakan, veteran DAP itu semalam mengingatkan para pengundi mengenai janji-janji yang tidak dipenuhi oleh BN sejak pertengahan 1990-an lagi.

Bercakap pada ceramah Hari Malaysia di Tanjong Papat, Lim berkata sekurang-kurangnya ada lima janji utama yang dibuat oleh BN semasa berkempen untuk pilihan raya negeri Sabah 1994 dan pilihan raya umum yang diadakan setahun kemudian.

"Kita boleh ingat bila Umno datang ke Sabah tahun 1995

"Dalam kempen pilihan raya umum 1995 mereka pun buat aku janji," kata Lim mengulas pelancaran manifesto BN oleh Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin di Kota Kinabalu semalam.

"Dalam pilihan raya ini kita akan tentukan siapa jadi ketua menteri Sabah.

"Kalau Bung Moktar jadi KM Sabah habislah Sabah

"Aku janji dia kata. Dia kata pemimpin-pemimpin Umno sudah ubah, tak macam dulu... ada ubah, BN jadi pemimpin lebih besar," kata Lim yang juga ahli parlimen Iskandar Puteri.

Janji Sabah sifar miskin tahun 2000

Pilihan raya Sabah pada 1994 dimenangi oleh penyandang kerajaan negeri dan pembangkang persekutuan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dipimpin oleh presidennya ketika itu Joseph Pairin Kitingan.

Bagaimanapun, berlaku rampasan kuasa terhadap kerajaan PBS apabila Adunnya berpaling tadah mengakibatkan BN dapat membentuk kerajaan pimpinan ketua menteri pertama Umno Sakaran Dandai.

Terdahulu, Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin menegaskan Umno dan BN bukan lagi parti yang penduduk negeri itu kenali suatu ketika dulu, sebaliknya mengalami perubahan.

Umno dan BN juga, kata Bung Moktar, kini komited menawarkan pentadbiran lebih telus serta menunaikan janjinya kepada rakyat.

Pada majlis pelancaran aku janji hari ini, beliau juga meminta rakyat Sabah membantu menyelamatkan negeri itu yang didakwanya mengalami penderitaan di bawah Ketua Menteri Mohd Shafie Apdal selama dua tahun.

Mengenang kemasukan awal BN ke Sabah, Lim mendakwa kerajaan persekutuan ketika itu berjanji untuk menurunkan tahap kemiskinan di Sabah dari 33 peratus pada tahun 1994 menjadi sifar pada tahun 2000.

Lim selanjutnya mendakwa janji-janji lain yang tidak ditunaikan termasuk membasmi buta huruf, menyediakan rumah kepada setiap rakyat Sabah, menghapuskan rasuah dan menyelesaikan masalah lama berkaitan pendatang tanpa izin.

"BN janji akan selesaikan isu pendatang tanpa izin. Ada RCI tapi masalah tak selesai," kata Lim merujuk Suruhanjaya Siasatan di-Raja pada Ogos 2012 ntuk menyiasat masalah membabitkan kewarganegaraan dan pendatang di Sabah.


Comments