KALAU SETAKAT TADAH AIR HUJAN, JKKK KAMPUNG PUN TAHU


MELAKA 19 SEP : Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Kelantan antara negeri yang boleh memanfaatkan air hujan untuk kegunaan harian terutama ketika berdepan masalah bekalan air tidak mencukupi.

Kata Tuan Ibrahim tidak seperti negeri lain Kelantan tidak terlampau terdedah dengan sektor industri justeru kualiti air hujannya lebih baik.

“Kelantan antaranya boleh manfaat air hujan sebab di negeri ini tidak banyak industri dan kurang pencemaran udara,” katanya seperti dipetik harakahdaily semalam.

Ramai pihak memberikan komen sinis terhadap cadangan Timbalan Presiden PAS ini. 

Antaranya Ahmad Alang dari Batu Berendam, Melaka yang menyatakan bahawa JKKK kampung pun tahu tadah air hujan.

"Kalau setakat bagi cadangan supaya tadah air hujan, JKKK kampung pun tahu, tak payah lah menteri bagi cadangan"

"Tak ada idea dan perancangan lain ke, patutlah dia kata Kelantan perlu 30-40 tahun untuk selesaikan isu air" kata Ahmad.

Seorang lagi yang ditemui yang hanya mahu dikenali sebagai Hamid Aki  dari Ayer Molek, Melaka juga memberikan komen negatif terhadap cadangan Menteri KASA atau MEWA ini.

"Aik itu saja ke cadangan menteri, macam cadangan budak-budak. Tak perlulah bayar gaji dan elaun mahal-mahal kalau setakat suruh tadah air hujan" jelas beliau sungguh-sungguh.

Comments

Cikgu Bada said…
kalau tak hujan mcm mana
Anonymous said…
Klu x ujan, tadah air liur
Anonymous said…
Ini cerita tok nenek kita dahulu sebelum merdeka....Dah tak sesuai di abad ke 21...Idea menteri PAS ini sungguh memalukan...Air hujan untuk kolam takungan, tasik atau empangan,,,buka tadah untuk minum....