KUALA LUMPUR, 5vSept -- Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang, masih belum beroperasi semula.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, ujian persampelan yang dijalankan di muka sauk sehingga 8.30 malam tadi, masih mengesan pencemaran pada tahap satu ton.
“LRA hanya boleh beroperasi apabila tahap pencemaran berada pada tahap sifar ton.
“Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi melalui hebahan rasmi atau saluran-saluran interaksi Air Selangor, dan tidak menyebarkan berita tidak sahih berhubung gangguan ini," katanya dalam kenyataan semalam
Menurutnya, Air Selangor akan mengemas kini maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi syarikat itu, termasuk laman sosial Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang rasmi di www.airselangor.com.
“Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi telefon pintar Air Selangor di Google Play atau Apps Store, untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air,” katanya.
-- BERNAMA
Comments