CALON KM SABAH : ZAHID SANGGAH AZMIN


Presiden Umno, Zahid Hamidi sekali lagi semalam menegaskan bahawa hanya pihak yang menang majoriti kerusi layak untuk menjadi ketua menteri.

"Jangan main isu sensitif, BN kita ada PBRS, MCA rakan lain seperti Bersatu dan parti lain termasuk PN.

"BN memutuskan jangan cakap siapa jadi calon ketua menteri, kita bagi menang dulu. Sudah menang sekurang-kurangnya 73 DUN yang menang, kalau nasib baik, kita berunding di kalangan Adun, masa itu baru pilih ketua menteri.

"Ingat, kerusi paling banyak yang layak pilih ketua menteri," tegas beliau yang merupakan Pengerusi BN.

Terdahulu, Azmin yang juga menteri kanan itu berkata rakyat Sabah memerlukan pemimpin yang dihormati untuk menjadi ketua menteri dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah Hajiji Noor iaitu Pengerusi Bersatu Sabah.

Jelas sekali pemimpin Umno dan Bersatu bertelagah sesama sendiri dalam isu calon Ketua Menteri ini. Belum menang lagi sudah bergaduh di hadapan rakyat. Di harap rakyat dan pengundi Sabah dapat menilai keikhlasan Umno dan Bersatu yang jelas hanya mementingkan kuasa. 

Comments

Anonymous said…
gasaklah berebut kuasa....bangang punya pemimpin.....