BUKAN STRATEGI TAPI TAMAK


KOTA KINABALU 14 SEPT : Pertembungan antara Perikatan Nasional (PN) dan rakan sekutu seperti Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di 17 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah disifatkan sebagai saingan yang adil, menurut seorang penganalisis politik hari ini.

Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung berkata ini susulan wujud saingan pelbagai penjuru dalam kerusi  Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut dan berpendapat langkah itu dibuat menerusi persefahaman antara BN dan sekutunya.

“Jika hanya pertandingan satu lawan satu, maka timbul masalah jika sekutu anda secara tiba-tiba cuba mensabotaj anda. Oleh kerana pertandingan pelbagai penjuru, anda tidak akan tahu ia mungkin  satu strategi mereka,” kata pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pendapat di atas disangkal oleh Pemerhati Politik Ahmad Alang yang tegas menyatakan pertembungan itu bukannya strategi tetapi kerana tamakkan kerusi dan kuasa sehingga gagal mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi.

"Ini bukan strategi tetapi sikap tidak mahu bertolak ansur, tamak kerusi dan kuasa serta tiada kejujuran dalam persahabatan"

"Tengok sahaja bagaimana BN, PN dan PBS buat pada PAS satu kerusi pun tak dapat sedangkan MCA diberikan kerusi di kawasan yang majoriti Bumiputera Islam, mana logik dan kejujuran" kata Ahmad ketika dihubungi Detik Harian malam tadi.

Comments

Anonymous said…
Yang satu tamak haloba, yang satu lagi, tamak kuasa dan yang satu lagi bodoh piang....