Ramai berpendapat bahawa masa hadapan Malaysia lebih terjamin jika tampuk pemerintahan dapat dipisahkan dari Umno/BN. Ini kerana parti tersebut telah terbukti gagal membawa Malaysia keluar dari belenggu rasuah, nepotisme, kronisme, pembaziran, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain. Selama 60 tahun negara terbelenggu di bawah regim tersebut.
Kini hanya ada satu cara sahaja iaitu blok pembangkang mesti berdamai dan kembali merapatkan saf seperti dibuktikan pada PRU14. Perpecahan dan persengketaan sesama hanya akan menguntungkan Umno/BN dan Muhyiddin.
Tidak ada perkara yang tidak dapat diselesaikan andai semua pihak berlapang dada dan mengutamakan kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan diri sendiri.
Anwar mempunyai pengaruh seperti juga Tun M yang ada pengaruh. Namun pengaruh seorang tidak akan mampu untuk mengatasi pengaruh secara berkumpulan. Sebab pihak lawan sangat gembira apabila blok pembangkang pecah.
Carilah jalan walau atas apa juga cara demi masa hadapan kita semua.
..DETIKHARIAN
Comments
bro ... bkn salah DSAI atau PKR , punca dari TDM. Damai apa yg diwar-warkan ?