BN bukan sahaja menang di semua peti undi pada PRK Slim hari ini, malah juga menang di peti undi yang majoritinya pengundi Cina iaitu di Sungai Slim Utara.
Pada PRU14 lalu di peti undi Sungai Slim Utara ini BN hanya mendapat 17.85 peratus tetapi pada kali ini mereka melonjakkan undinya kepada
61.28 peratus. Ini menunjukkan suatu lonjakan di luar dugaan di kawasan yang pengundi Cina merangkumi 60.85 peratus. Ini antara satu dari petunjuk baru tentang trend pengundian terkini rakyat Malaysia. Apakah pengundi Cina kembali menyokong MCA dan BN.
BN memang di kesemua 13 daerah mengundi dalam DUN Slim, selain undi pos dan undi awal.
Ini bermakna BN berjaya mengubah sokongan para pengundi di enam daerah mengundi yang dimenangi PH pada PRU 2018.
Ia juga membayangkan terdapat peralihan sokongan di kalangan pengundi bandar ketiga-tiga kaum utama.
Antara perubahan sokongan paling jelas adalah di Sungai Slim Utara, daerah mengundi dengan majoriti pengundi Cina (60.85 peratus).
Pada PRU 2018, BN hanya mendapat 17.85 peratus undi di situ tetapi kali ini meraih 61.28 peratus undi.
Comments