Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berlangsung hari ini dilaporkan berjalan lancar. Namun terdapat
sedikit aduan tentang petugas tidak dibenarkan merayu undi di luar tempat mengundi. Seorang petugas Parti AMANAH Negara yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, kebiasaannya kami dibenarkan merayu undi tetapi hari ini tidak dibenarkan.
Sebanyak 12 pusat mengundi membabitkan 54 saluran dibuka mulai 8 pagi hingga 5.30 petang.
Proses pengudian selama 9 jam setengah itu melibatkan seramai 22,749 pemilih berdaftar yang layak menunaikan tanggungjawab mereka. Daftar pemilih DUN berkenaan turut merangkumi 267 pengundi awal dan 78 orang mengundi secara pos.
Seramai 689 petugas dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengendalikan proses pengundian PRK DUN Slim, hari ini.
Sebanyak 12 pusat mengundi yang dibuka itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Sulaiman; SK Trolak Utara; SK Trolak Selatan; SK Seri Besout; SK Besout 3 dan 5; SK Kuala Slim; SK Slim River; SK Aminudin Baki; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Sungkai; SJKT Ladang Kelapa Bali dan SJKT Trolak.
Dijangkakan lebih dari 65 peratus mengundi akan membuang undi kali ini.
Comments