Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) tidak perlulah menyatakan kesedihan mereka di atas tindakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memenuhi hasrat Dong Zong untuk membina lebih banyak SJKC.
Ini kerana menurut Aktivis politik Jamzuri Ardani ‘Kerajaan Tebuk Atap’ hari ini akan melakukan apa sahaja untuk membantu MCA merampas kerusi-kerusi DAP bagi memastikan mereka dapat mendominasikan semula politik negara seperti sebelum ini.
Katanya, setelah berjaya memperbodohkan orang-orang Melayu, mereka sangat yakin apa sahaja yang mereka lakukan, pengundi Melayu tetap akan menyokong mereka.
“Mereka rompak duit rakyat, pengundi Melayu tetap sokong. Mereka rasuah, pengundi Melayu tetap sokong. Mereka khianat, pengundi Melayu tetap sokong. Mereka bohong, pengundi Melayu tetap sokong. Mereka jual agama, pengundi Melayu tetap sokong,” katanya.
Jamzuri berkata, Kerajaan Tebuk Atap akan melakukan apa sahaja untuk memenangi undi bukan Melayu dan membina SRJK dan melaksanakan UEC adalah harga yang mereka akan bayar untuk memenangkan MCA.
“Pengundi Melayu tetap akan sokong mereka. ISMA tak perlu nak menyalak lagi kerana kamu sebelum ini adalah sebahagian dari kebodohan itu.
“Belajarlah politik dulu,” katanya.
Sebelum ini, Presiden Isma Aminuddin Yahaya (Gambar atas) di status media sosialnya melahirkan rasa kecewa dengan tindakan kerajaan Perikatan Nasional berhubung keputusan membina lebih banyak SJKC.
“Dong Zong puji rancangan kerajaan yang mahu membina lebih banyak SJKC. Kita sangat kecewa dengan tindakan kerajaan Perikatan Nasional ini,” tulis Aminuddin.
..MALAYSIADATELINE
Comments