ANWAR MENANG TUN M BANGGA

Anggota Parlimen Port Dickson yang baru dipilih Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah memaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang kemenangannya hari ini.
Jelas Anwar, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu "sangat bangga" dengan keputusan pilihan raya kecil (PRK) berkenaan.
"Saya baru hubungi Dr Mahathir untuk memaklumkan beliau dan beliau sangat bangga dengan keputusan ini," kata Anwar kepada pemberita di pusat operasi HARAPAN.
Anwar berkata demikian selepas pulang dari pusat penjumlahan undi SPR di mana beliau beliau diumumkan menang dengan 23,560 majoriti undi.
Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir dan pemimpin HARAPAN yang menyokong pencalonannya di Port Dickson.
Dr Mahathir pada Isnin lalu hadir di Port Dickson berkempen untuk Anwar dalam sebuah ceramah HARAPAN.
~ mKINI

Comments