15 October 2018

ANWAR MENANG DI PORT DICKSON BUKTI RAKYAT TETAP SOKONG PH

Pelbagai serangan dihalakan kepada PH sejak diberikan mandat memerintah Malaysia dari 9 Mei hingga sekarang. Fitnah, tohmah, adu-domba, cercaan dan seribu macam cara digunakan pihak pembangkang untuk membenamkan PH namun kesemua pilihanraya kecil yang berlangsung pasca 9 Mei 2018 tetap dimenangi oleh PH dengan majoriti yang besar.
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan beliau pada PKR tersebut disokong oleh pelbagai lapisan masyarakat yang mewakili pelbagai kaum.
Ia sekali gus kata beliau membuktikan bahawa mereka menaruh keyakinan kepada kerajaan PH yang mengambil alih pemerintahan pada 9 Mei lalu.
Jelas beliau, selain mendapat sokongan penuh daripada pengundi pelbagai kaum, sokongan daripada anggota tentera yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan berkenaan juga meningkat dengan banyak.
Anwar mendapat keseluruhan 31,016 jumlah undi mengalahkan pesaing terdekatnya iaitu calon PAS Mohd Nazari Mokhtar yang mendapat 7,456 undi.
Beliau juga berkata, kemenangan PH di Port Dickson berlaku tanpa PH membuat janji-janji manis.
“Saya tabik orang Port Dickson kerana dalam PRK ini tidak ada sekolah baharu dibuka, tidak ada peruntukan untuk kuil dan masjid, tidak ada pembesaran hospital, tidak ada peruntukan daripada mana-mana kerajaan pusat atau negeri,” kata beliau kepada media selepas disiytiharkan memenangi PRK tersebut, malam tadi.
Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk membolehkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR bertanding dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter