UMNO SEMAKIN MEREPUT, ANIFAH PULA KELUAR PARTI

Umno semakin mereput. Busuk di kepala sudah sampai ke badan dan ekor. Selepas ini seorang demi seorang pemimpin mereka akan keluar parti dan meninggalkan pemimpin-pemimpin bergelumang dengan najis sahaja dalam Umno.

Terbaru Kurang 24 jam Datuk Seri Mustapa Mohamed bertindak meninggalkan Umno, seorang lagi pemimpin kanan Umno mengumumkan keputusan yang sama.
Sebentar tadi, bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Kimanis dan ahli Umno berkuatkuasa serta-merta.
Keputusan ini benar-benar memberikan tamparan hebat kepada Umno kerana Mustapha dan Anifah adalah 2 orang bekas menteri kanan dan pemimpin senior dalam kerajaan BN dan Umno dahulu.
Sudah sampai masanya ahli Umno bawahan meninggalkan Umno sebelum 'bot' ini karam dan terus tenggelam. 

Parti yang baru 'berkahwin' dengan Umno iaitu PAS juga sepatutnya sedar akan kebobrokan Umno. Jika pemimpin Umno sendiri meninggalkan Umno mengapa PAS terhegeh-hegeh ingin 'berkahwin' dengan Umno yang jelas sudah busuk sehingga ke usus.

Kita pun pelik bagaimana PAS yang mendakwa berjuang Islam tidak nampak keburukan Umno dan pemimpinnya sehingga sanggup memberikan talian hayat dan tongkat kepada parti itu sedangkan mereka sudah nyawa-nyawa ikan dan tidak boleh berdiri lagi.
Porrtal Utusan Malaysia melaporkan surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa hari ini.
Memetik sumber, portal itu berkata Anifah kini dalam penerbangan ke Kuala Lumpur dan usaha untuk mendapatkan penjelasan beliau akan buat sebaik sahaja beliau tiba di ibu negara.
Keputusan Anifah itu membawa jumlah ahli parlimen Umno di Dewan Rakyat kepada hanya 49, dan di belakang PKR yang mempunyai 50 wakil rakyat serta menjadi parti terbesar di Parlimen.
Sebelum Anifah dan Mustapa meninggalkan parti itu, tiga lagi anggota Parlimen Umno yang lain juga mengambil tindakan sama.
Mereka adalah Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Faisal dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali.
Terdapat juga spekulasi bahawa lebih banyak ahli parlimen Umno akan meninggalkan parti itu dalam masa terdekat.

Peletakan jawatan Anifah dipercayai diambil bagi membolehkan beliau menunaikan janji-janjinya kepada rakyat Sabah dalam memperjuangkan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, beliau berjanji akan meletakkan jawatan sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) gagal mengembalikan hak rakyat Sabah.
Malam semalam, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar Umnoselepas lebih 40 tahun berjuang dengan parti itu.
Keputusan tersebut mengejutkan banyak pihak memandangkan Mustapa memenangi undi tertinggi dalam pemilihan Majlis tertinggi (MT) Umno pada Jun lalu.

Comments