
Kini setelah dua orang pemimpin senior mereka ini berani melangkah meninggalkan bahtera yang sedang karam dijangkakan lebih ramai yang akan berbuat demikian. Siapa sangka antara pemimpin yang akan melangkah keluar dari Umno adalah Khairy Jamaluddin, Bung Mokhtar Radin, Shahrizat Jalil, Ismail Sabri Yaakob, Khaled Nordin, Shahril Samad, Ahmad Maslan, Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan lain-lain.
Tindakan mereka ini tidak mustahil kerana mereka sudah pasti sedar tiada gunanya menunggu di dalam 'bot' yang hampir karam dan tidak ada masa hadapan. Pemimpin-pemimpin Umno ini sudah tentu ingin mencari 'dahan' baru yang boleh dijadikan tempat berpaut sementara.
Tinggallah nanti pemimpin-pemimpin yang penuh kontroversi seperti Zahid Hamidi, Annuar Musa dan lain-lain yang akan terus berpelukan dan bersekedudukan dengan PAS.
Mungkin juga Najib dan Kak Mah akan keluar dari Umno bagi meraih simpati dan kasihan belas.
Comments