HISHAMUDDIN JUGA KELUAR UMNO?

Cucu kepada pengasas Umno, Dato' Onn, Hishammuddin Hussein dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan tertutup di Putrajaya. 


Apakah ada peristiwa besar yang akan dilakukan oleh Hisham sepupu Najib yang dilihat menjadi kepercayaan suami Rosmah Mansor ini sejak sekian lama. Pada saat seperti sekarang sudah tentu pemimpin-pemimpin Umno seperti Hisham ini ingin mencari tempat berpaut.

Hendak diharapkan pada Najib dan Kak Mah, mereka berdua pun menunggu hari untuk 'bersanding' sahaja. Hendak diharapkan kepada kumpulan 'Mutaghayyirat', nak sebut istilah-istilah haraki ini pun Hisham tak pandai jangan untuk faham fikrah mereka lagilah jauh.
Jadi pusing kiri pusing kanan, agaknya Hisham ternampak bekas boss lama beliau, Tun M yang pernah memimpin Hisham dan Ah Jib Gor lebih 22 tahun. Mana tahu untung sabut timbul untung batu berdesup tenggelam masuk dasar tasik.
Kita ingin bertanya kepada Hisham mana pergi Keris 'Sempena Riau' mu yang pernah dihunus semasa Perhimpunan Agung Umno beberapa tahun dahulu. Bukan main hebat lagi mu melaungkan hidup Melayu. Mana pergi semangat dan kehebatan mu dahulu. Kini 'melutut' kepada Tun M pula.
Menurut sumber, pertemuan dua jam itu berlangsung semalam tetapi beliau enggan mendedahkan apa yang dibincangkan.
Penasihat media Mahathir, Datuk A Kadir Jasin juga menulis mengenai pertemuan itu.
Dalam satu hantaran di Facebook, Kadir berkata: “Assalamuailaikum Datuk Seri Hishamuddin, nak tanya, semalam pergi Putrajaya jumpa siapa?”
Berita pertemuan itu didedahkan selepas dua bekas menteri Umno - Datuk Mustapha Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman - meninggalkan parti itu.
Spekulasi bertiup kencang bahawa lebih banyak ahli parlimen dan ADUN Umno akan menyusul mereka.
Malaysiakini sedang menghubungi Hishammuddin, yang adalah ahli parlimen Sembrong, untuk mendapatkan ulasannya.

Comments