KEMALANGAN DI TAPAK PEMBINAAN : SEMUA PIHAK MESTI PATUH UNDANG2
Saya memandang berat kemalangan di tapak pembinaan di Jalan Dewan Sultan Sulaiman di ibunegara yang mengakibatkan dua pekerja maut pada awal pagi hari Khamis.
Menurut Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan malam tadi, enam pekerja sedang menjalankan aktiviti kerja konkrit di tingkat 15 bangunan terbabit sebelum ‘slab’ konkrit dan struktur bentuk kerja runtuh dalam kejadian 2 pagi itu.
Saya akan meminta pihak JKKP Melaka untuk membuat pemantauan/pengauditan/pemeriksaan di semua tapak pembinaan projek-projek yang sedang berjalan di Melaka. Ini sangat penting bagi memastikan semua majikan, kontraktor, subkontraktor, pekerja dan yang terlibat mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada.
Kita tidak mahu setelah insiden dan kemalangan berlaku barulah kita hendak bertindak. Ianya sudah terlambat kerana mungkin sudah ada yang maut dan tercedera.
Pihak penguasa seperti JKKP, PBT dan sebagainya mesti sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka tanpa kompromi bagi memastikan semua pihak mematuhi undang-undang.
Mari kita sama-sama mengubah budaya kerja lama iaitu 'sudah terantuk baru terngadah'. Sudah yang mati dan cedera baru hendak buat itu dan ini.
Ini soal hidup dan mati bukan soal remeh temeh.
Saya ingin memberi amaran kepada pihak terbabit supaya sedar bahawa tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati melanggar Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) serta Akta Kilang dan Jentera (1967).
Mohd Sofi Abdul Wahab
Exco Kerjaraya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam.

Comments