Konvensyen AMANAH Nasional kali kedua baru sahaja melabuhkan tirainya di Alor Setar petang tadi. Ternyata tanggapan sesetengah pihak bahawa parti berimej oren ini akan berkubur tidak sampai 2 tahun adalah meleset.
Melihat kepada kejayaan AMANAH mengadakan konvensyen yang gilang gemilang tidak syak lagi ia merupakan parti yang mempunyai masa depan yang cerah di persada politik tanahair kita.
Pada konvensyen kali ini AMANAH memberikan penghormatan kepada Pengerusi PH, Tun Mahathir dan Presiden PH, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menyampaikan ucapan pada majlis perasmiannya semalam.
Dalam ucapan mereka kedua-dua pemimpin utama PH ini dengan jelas menyampaikan penghargaan kepada AMANAH yang menjadi komponen penting menggagaskan penubuhan PH.
Ia jelas menunjukkan kedua-dua mereka mengiktiraf AMANAH sebagai rakan penting dalam koalisi hebat ini.
Komitmen yang ditunjukkan oleh pimpinan dan ahli AMANAH juga dapat dilihat dengan jelas dari riak wajah, percakapan dan tindakan mereka.
Sesungguhnya AMANAH kini disegani oleh kawan dan lawan. Parti Islam AMANAH ini sudah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan parti-parti veteran lain seperti Umno, PAS, Gerakan dan lain-lain...

Comments
Teruskan usaha menggempur musuh. Usah sesekali undur biarpun lelah.