Sebanyak 5,153,238 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi 2017 telah diluluskan kerajaan setakat ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata sebanyak 3,123,950 permohonan lagi masih dalam peringkat pemprosesan dan keputusan dijangka diumumkan bulan depan.
Najib berkata bayaran pertama BR1M akan diagihkan secara berperingkat bermula esok.
"Dari segi peringkat umur, kumpulan tertinggi diluluskan adalah daripada golongan 21 hingga 30 tahun serta yang berumur 61 tahun dan ke atas.
"Sebanyak 2,782,799 pemohon akan menerima bantuan RM1,200 manakala 243,434 bagi bantuan RM900 dan selebihnya 2,127,005 layak untuk bantuan RM450," katanya menerusi catatan terbaharu menerusi laman blognya, www.najibrazak.com.
Data di atas membuktikan bahawa masih terlalu rakyat miskin di negara ini. Kerajaan BN hanya memberikan 'ikan' bukan pancing. Ikan boleh habis sekelip mata. Tetapi jika pancing yang diberi mereka sudah tentu boleh menggunakan pancing tersebut untuk mendapatkan ikan.
Wang sebanyak RM1,500 boleh habis sekelip mata sahaja sekarang kerana kos hidup yang semakin tinggi. Ternyata kerajaan BN tidak mempunyai idea dan program yang mampu memberi kesejahteraan hidup jangka panjang kepada rakyat.
Comments