NAJIB ANGKAT BAKUL!!!!

Perdana Menteri yang dikaitkan dengan pelbagai kontroversi terus masuk bakul angkat sendiri. Mungkin kerana tidak ada orang hendak mengangkat bakul yang dimasukinya.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah memberi sumbangan lebih banyak kepada masyarakat India berbanding pendahulunya, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kalau sebelum ini beliau menafikan Malaysia gagal dibawah pemerintahannya, hari ini beliau mendakwa melakukan banyak perkara bagi menjaga kebajikan masyarakat India di Malaysia.
Najib memetik ucapan Presiden MIC Dr S Subramaniam sebelum itu yang mengatakan beliau merupakan satu-satunya perdana menteri yang menyedari bahawa banyak lagi perlu dilakukan untuk memajukan masyarakat India di negara ini.
"Beliau (Subramaniam) boleh cakap dengan cara lain; bahawa dalam tempoh tujuh tahun saya menjadi perdana menteri, saya telah melakukan lebih daripada seseorang yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun," kata Najib dalam majlis makan malam MIC malam tadi sambil menerima sorakan dan tepukan gemuruh daripada kira-kira 4,000 tetamu, kebanyakan anggota MIC.
Memanglah orang akan memuji dan memujanya dihadapan dirinya takkanlah mereka hendak mengutuknya. Akhirnya Najib terus diperdaya dan ditipu oleh ramai orang yang mungkin berpura-pura menyokongnya demi untuk kelangsungan karier politik dan perniagaan mereka.

Comments

Anonymous said…
Cerdik menipu songlap duit negara..... rakyat di cukai kan.... bergumbiralah koo...
Unknown said…
Sudah la najib ...buang masa jer
Rakyat dah muak dgn citer kosong yg ko ucapkan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Unknown said…
Sudah la najib ...buang masa jer
Rakyat dah muak dgn citer kosong yg ko ucapkan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Unknown said…
Sudah la najib ...buang masa jer
Rakyat dah muak dgn citer kosong yg ko ucapkan๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚