Saya pernah cadangkan supaya pihak Kementerian Pelajaran dan sekolah melakukan audit keselamatan (Safety Audit) apabila berlaku 2 kematian pelajar di kawasan sekolah sebelum ini.
Kejadian pertama seorang pelajar meninggal dunia terjatuh ke dalam kolam kumbahan dan kedua pelajar dihempap tiang gol, namun saya tidak pasti samada ada tindakan dilakukan.
Hari ini satu lagi kejadian kemalangan maut yang berlaku di kawasan sekolah iaitu sebuah sekolah di Putra Jaya .
Apakah kita semua khususnya keluarga pelajar dan pihak berwajib ingin berdiam tanpa apa-apa tindakan sehingga satu demi satu kemalangan berlaku.
Sekali lagi saya ingin tegaskan kepada Kementerian dan sekolah :
1) Tubuhkan Safety Committee(Komitee Keselamatan) di setiap sekolah
2) Laksanakan risk management(Pengurusan Risiko) ke atas apa juga potensi kemalangan serta aspect impact analysis (Analisa aspek dan kesan)
3) Laksanakan audit keselamatan
4) Laksanakan corrective action dan preventive action (Langkah Pembetulan dan Pencegahan) ke atas apa juga dapatan dari audit tersebut
Kita semua wajib berikhtiar dan berusaha utk mengelakkan kemalangan. Setelah segala usaha dilakukan kita bertawakkal, berserah serta berdoa kepada Allah.
Sofi Wahab
Naib Pengerusi/Pengarah Komunikasi
Parti AMANAH Negara Negeri Melaka

Comments