SPRM SIASAT FAM DENGAN SEGERA, JANGAN BERLENGAH

Dakwaan Tengku Mahkota Johor bahawa ada skandal rasuah dalam FAM amat serius dan mengejutkan. Dulu ianya hanya membabitkan pemain kini dakwaan ini melibatkan kepimpinan FAM. Jika benar ianya berlaku ia adalah satu perkara yang amat memalukan negara.

Ayuh SPRM jangan bertangguh. Jangan takut untuk siasat dan heret sesiapa sahaja yang terlibat.

Khairy apa komen anda?

Kepimpinan FAM apa tindakan anda?

DYAM Tengku Mahkota patik mohon Tuanku serahkan bukti-bukti itu kepada SPRM dan Polis untuk disiasat demi masa depan bolasepak Malaysia yang terus malap.

Comments