.

.

29 July 2016

RAKYAT TERUS MALANG : BENARKAH KOS ECRL DINAIKKAN UNTUK BAYAR HUTANG 1MDB

Benarkah laporan Sarawak Report kali ini. Sudah banyak pendedahan yang dibuat oleh Sarawak yang tidak jelas samada benar atau tidak. Pihak yang dituduh tidak dapat membuktikan laporan tidak betul malah kerap kali bertindak menjawabnya secara berbelit-belit dan tidak jelas.
Kali ini media tersebut mendedahkan pula 'skandal' Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL).
Laporan itu menyebut rakyat sekali lagi terpaksa menanggung beban hutang 1MDB, kali ini melibatkan penganugerahan kontrak Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) kepada China Communications Construction Company (CCCC) oleh kerajaan BN.
Sarawak Report dalam laporannya dua hari lalu mendakwa kerajaan BN bersubahat dengan kontraktor terbabit untuk menaikkan kos projek berkenaan daripada RM30 bilion kepada RM60 bilion bagi membayar hutang 1MDB.
Kontrak itu juga didakwa diberikan kepada CCCC tanpa melalui proses tender terbuka.
Sehubungan itu, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee dalam satu kenyataan hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak megesahkan atau menafikan dakwaan serius terbabit.
"Malah beliau perlu memberikan alasan yang paling munasabah terhadap tindakan kerajaan menganugerahkan tender berkenaan secara langsung kepada CCCC," katanya.
Malah katanya, CCCC juga didakwa perlu mengambil alih hutang anak-anak syarikat 1MDB berjumlah RM19.4 bilion termasuk faedah yang telah dijamin oleh IPIC setelah menandatangani kontrak ECRL bersama kerajaan UMNO-BN yang dijangka berlaku pada Disember tahun ini.
"Lebih menarik lagi, sebahagian daripada jumlah wang dari kos-lebihan akan digunakan untuk membeli saham besar dalam syarikat Low Taek Jho, Putrajaya Perdana Bhd dan Loh & Loh Corporation Bhd yang masing-masing bernilai AS$244 juta dan AS$71 juta.
"Di samping itu, terdapat pembayaran yang dicadangkan oleh CCCC kepada syarikat ‘perundingan/strategik/perkhidmatan perhubungan’ dan satu lagi ‘syarikat yang dilantik’ untuk jumlah AS$65 juta dan AS$200 juta," katanya sambil mendakwa bahawa 'pembayaran misteri' itu dibuat bagi membayar komisyen pihak-pihak tertentu.
Kos tinggi
Dalam pada itu, Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut membandingkan kos projek ECRL dengan dua lagi projek pengangkutan awam yang lain pada tahun 2003 dan 2015.
"Sebagai perbandingan, projek trek-berkembar Ipoh-Padang Besar sepanjang 329km telah dianugerahkan kepada konsortium MMC-Gamuda dengan nilai RM14.5 bilion pada 2003.
"Baru-baru ini pada Disember 2015, projek Gemas-Johor Bahru link sepanjang 179 km telah dianugerahkan kepada China Railway Engineering Corporation dengan jumlah RM7.1 bilion.
"Secara purata, kos projek-projek berkenaan masing-masing hanya RM44 juta dan RM39.8 juta bagi setiap kilometer,” ujarnya dipetik Roketkini.
Oleh itu, mengambil kira projek ECRL yang melibatkan 620 km dan memakan kos RM60 bilion, Tony Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor berkata ia bermakna kos bagi setiap kilometer adalah RM96.8 bilion iaitu 120 peratus dan 143 peratus lebih tinggi daripada kedua-dua projek berkenaan.
Jika benar semua tuduhan di atas maka sekali rakyat menjadi mangsa, duit rakyat hangus begitu sahaja. Siapa punya angkara ............??????????????
Sumber : Mdateline

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter