HAMPIR PASTI !!!!!!!!!! PILIHANRAYA MENGEJUT DI PULAU PINANG :

Hampir pasti !!!! Itulah istilah yang tepat untuk menggambarkan bahawa Pilihanraya Negeri Pulau Pinang akan diadakan pada masa terdekat. DAP sebagai parti teras yang memerintah Pulau Pinang membuktikan mereka tidak bercakap kosong. Mereka memerlukan mandat baru dari rakyat. Jika rakyat menolak mereka kerana isu Lim Guan Eng mereka rela. DAP rela kalah dari terus memegang jawatan walaupun rakyat sudah tidak suka seperti yang berlaku kepada BN sekarang.
Malam tadi Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan bahawa Parti Amanah Negara (AMANAH) menyatakan persetujuan dengan cadangan mengadakan pilihan raya negeri mengejut di Pulau Pinang namun PKR yang belum memberi persetujuan berhubung cadangan itu dan mereka dijadual bertemu malam ini untuk membuat keputusan.
"Kita tidak boleh tanpa PKR, tak boleh kurang satu pun (dalam Pakatan Harapan) kerana kita adalah gabungan. Dan dalam gabungan, semua parti mesti bersama-sama," kata Lim yang juga adalah setiausaha agung DAP dipetik dari laporan Malaysiakini hari ini.
Diminta untuk mengesahkan perkara itu, Presiden AMANAH Mohamed Sabu ketika ditemui kemudian mengakuinya dan berkata partinya akan membuat pengumuman rasmi selepas mesyuarat Pakatan Harapan.
Lim cuba mendapatkan mandat baru dari rakyat Pulau Pinang dengan berkata pengundi perlu membuat keputusan jika mereka masih mahu beliau terus kekal sebagai ketua menteri.
Beliau mendakwa tindakan dua tuduhan rasuah berkaitan dengan pembelian banglonya pada harga RM2.8 juta tang dikatakan di bawah nilai pasaran adalah 'penganiayaan politik' BN.
PKR sebelum ini memohon lebih banyak masa untuk membincangkan perkara itu kerana tidak yakin dengan alasan DAP untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang mempunyai 40 kerusi.
Lim kemudian merayu pucuk pimpinan PKR supaya mencapai konsensus dengan DAP bagi mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang walaupun parti itu bimbang dengan prestasinya.
PKR mempunyai 10 kerusi, dan parti itu bimbang akan kehilangan beberapa kerusi yang dimenangi tipis pada tahun 2013, seperti di Penanti, Seberang Jaya dan Sungai Bakap.
PKR juga khuatir bahawa pertelagahan di antara DAP dan PAS akan menjejaskan kerusi yang mempunyai majoriti penduduk Melayu, yang parti itu berharap untuk bertanding.
"Saya tahu mereka bimbang tentang kehilangan kerusi, tetapi begitu juga kita. DAP juga bimbang, tetapi kita mesti mempunyai keyakinan dan kepercayaan dalam rakyat," kata Lim.
Oleh itu semua petugas parti komponen Pakatan Harapan mesti bersiap sedia dari sekarang bagi memastikan Pakatan Harapan mendapat mandat baru dari rakyat bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan kerajaan negeri yang telah dipertahankan sejak 2008.
Gambar sekadar hiasan

Comments