GEMPAR : TUN MAHATHIR TIDAK KASIHANKAN NAJIB????

Tun Mahathir nampaknya tidak langsung kasihankan Najib. Bukankah Najib adalah anak didiknya. Bukan Najib banyak mencontohi dan meneladani sikap dan tindakan Tun Mahathir dalam pemerintahannya.

Jika Tun M pecat timbalannya Najib juga ikut sama pecat Muhyiddin. Jika Tun Mahathir tidak mengamalkan demokrasi sepenuhnya Najib juga sama. Tidakkah Tun Mahathir sedar dan ingat ungkapan Almarhum mantan Presiden PAS, Ustaz Fadzil Nor yang pernah menyatakan bahawa biar Tun Mahathir umur panjang nanti beliau akan lihat hasil kepimpinannya pada masa hadapan.

Media hari ini melaporkan bahawa Tun Mahathir menyeru negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat dan Australia agar menamakan dan memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan pendedahan melibatkan skandal 1MDB.
"Saya tahu kebanyakan negara luar agak keberatan untuk berterus-terang dalam mengatakan perdana menteri adalah individu yang bersalah atas semua ini," ujar beliau dalam wawancara bersama ABC.
Walaupun saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dalam dakwaannya bahawa dana 1MDB telah disalah gunakan itu tidak langsung menyebut Najib, ia berulang kali membuat rujukan kepada 'Malaysian Official 1'.
Spekulasi bertiup kencang berdasarkan maklumat yang disediakan dalam saman itu, 'Malaysian Official 1' adalah perdana menteri yang merupakan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Dokumen-dokumen DOJ juga mengaitkan penglibatan anak tiri Najib, Riza Aziz dan Jho Low, seorang ahli perniagaan Malaysia yang dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga perdana menteri.
Menurut dokumen tersebut, penama-penama berkenaan didakwa menggunakan dana 1MDB untuk menyelesaikan hutang judi, membeli hartanah mewah termasuk sebuah penthouse di Manhattan, banglo di Los Angeles, karya seni dan juga jet peribadi.
Sumber dan gambar hiasan dari Mkini.

Comments