Pegawai Kerajaan tugasnya ialah menjalankan amanah berkhidmat untuk negara bagi memastikan kesejahteraan semua. Bukannya menggunakan kuasa dan menyalahgunakan kuasa untuk mengaut keuntungan dengan melakukan kesalahan.
Media hari ini melaporkan bahawa 28 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen ditahan polis dalam operasi khas Selasa lalu di Putrajaya, kerana dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua mereka termasuk wanita berusia 33 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen dan memberi laluan segera kepada warga asing yang memasuki negara ini tanpa melalui prosedur yang sah.
Noor Rashid berkata polis tidak menolak kemungkinan terdapat pegawai kanan imigresen yang terlibat dalam kes itu.
Beliau berkata siasatan lanjut dilakukan untuk mengenal pasti individu lain yang mungkin terlibat.
Semua suspek ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
Kalau beginilah sikap Pegawai Kerajaan negara sendiri pun boleh tergadai.
Sumber : Bernama dan gambar hanya sekadar hiasan

Comments