GEMPAR !!!!!! BENARKAH AMANAH TAK SERTAI GABUNGAN KUMPULAN TUN MAHATHIR

Parti Amanah Negara (Amanah) menolak untuk bersama-sama dengan kumpulan Dr Mahathir. Benarkah begitu. Kenyataan itu tidak mustahil kerana pimpinan AMANAH sendiri ramai yang dizalimi oleh Dr Mahathir di zaman pemerintahan 'Mahafir'aun' dahulu.
Namun dari kenyataan-kenyataan pimpinan AMANAH ternyata mereka berjiwa besar seumpama Anwar Ibrahim yang tidak menolak kemungkinan untuk menyokong gabungan baharu pembangkang ini. 
AMANAH semalam menyatakan pendirian mereka tidak menolak kemungkinan menyertai gabungan pembangkang baharu bersama kumpulan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Presiden Amanah Mohamad Sabu bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada keputusan bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.

“Kami bincang bagaimana Amanah akan mainkan peranan jika grand coaliton ini berlaku untuk hadapi PRU14. Kita bincang daripada pelbagai aspek baik buruk agar semua parti pembangkang dapat berada dalam satu barisan untuk hadapi BN.

“Jika ia direalisasikan, Amanah akan bersama dalam grand coalition itu," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi Amanah, di pejabat parti itu, hari ini.

Pakatan pembangkang baharu ini jika berjaya dibentuk akan menggabungkan sebuah parti baharu yang akan dirintis kumpulan Deklarasi Rakyat pimpinan Dr Mahathir, dengan Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah.
Ditanya sama ada Pas juga akan menyertai gabungan baharu itu, Mohamad berkata semua pihak dialu-alukan bersama bagi mewujudkan satu kekuatan menentang BN.

Sementara itu, Mohamad memaklumkan bahawa mesyuarat Amanah hari ini turut membincangkan hasrat DAP bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang.

Bagaimanapun Mohamad berkata, keputusan hari ini akan dibawa kepada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan terlebih dahulu sebelum satu kenyataan bersama dikeluarkan.

Comments

Anonymous said…
Wahai Pemimpin Pakatan kalau korang nk Ke Putrajaya JAUHI lah diri dari MahaFiraun.Agenda Mahafiraun adalah Memecah Belah Parti Pakatan dab Membiarkan Umngok Perintah sampai Kiamat.cer tengok apa dah jadi dengan Pemimpin PAS.