EXCO PAS TAK BANTAH KONSERT SELENA GOMEZ???

PAS hari ini mengadakan protes membantah keputusan kerajaan Selangor membenarkan penganjuran konsert Selena Gomez, namun kelibat pimpinan utama PAS negeri tidak kelihatan.

Bantahan itu sekadar disertai pemimpin Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Selangor bersama hampir 100 penyokong di Bangunan SUK, petang ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Hanafi Zulkapli berkata, ADUN dan Exco PAS negeri tidak memberi kata muktamad terhadap bantahan itu.

Exco tak hadir untuk sama-sama membantah konsert tersebut. Mereka setuju atau tidak setuju dengan konsert tersebut?

Kalau tidak setuju sudah tentu mereka datang membantah sama. Kalau setuju nyatakan setuju.

Memorandum bantahan itu diserahkan kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Mohd Shahrizal Mohd Salleh yang berjanji akan menyampaikan hasrat tiga sayap PAS Selangor itu kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Hanafi berkata, tindakan membantah keputusan kerajaan negeri tidak dihalang Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Iskandar mungkin terikat dengan jawatannya dalam kerajaan negeri dan PAS. Akhirnya terpaksalah berdiam diri.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ridzuan Rahmat berkata, bantahan itu tidak akan menjejaskan hubungan PAS dengan kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan parti Islam itu.

katanya, isu konsert ini bukan masalah hiburan, tetapi gejala dan diri penyanyi itu yang dikenali sebagai simbol seksi yang dikhuatiri boleh merosakkan anak muda kita hari ini.

Tegasnya, PAS tidak jumud sehingga membantah semua konsert hiburan yang melanggar syariat Allah.

Cubaan mendapat respons adun dan exco PAS Selangor sehingga kini gagal.
Konsert Selena Gomez ‘The Revival Tour’ akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 Julai ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dilaporkan berkata, Majlis Bandaraya Shah Alam meluluskan permohonan itu tanpa mendapat tekanan mana-mana individu mahupun organisasi.

Bagaimanapun, MBSA menetapkan beberapa syarat “ketat” untuk dipatuhi penyanyi itu dan penganjur ekoran bantahan sesetengah ahli majlis khasnya ahli majlis daripada PAS.

“Ia termasuk konsert perlu diadakan di lokasi tertutup bagi menjamin keselamatan penonton, pakaian tidak boleh terlalu terdedah, tidak boleh ada arak, rokok dan dadah, tidak boleh melebihi tempoh ditetapkan (sejam hinggan sejam 30 minit), tidak boleh disiarkan secara langsung serta harga tiket perlu terkawal (antara RM250 hingga RM500),” katanya.

Sumber : antarapos

Comments

Anonymous said…
Sofi...jgn jadi penyambung fitnah...buat tambah dosa sia2 jer..
Anonymous said…
Statement Sofi tu Tuduhan ke Pertanyaan? Anonymous 08:44