PKR ELOK SERTAI BLOK KE 3

AMANAH Bukit Katil berasa keciwa dengan sikap sesetengah pimpinan Pakatan Harapan yang gagal menyelesaikan isu berkaitan dengan calon PH bagi PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.
Kemelut ini sepatutnya tidak berlarutan sebegini rupa sehingga membuat rakyat semakin meluat dengan pakatan pembangkang yang tidak habis-habis berpolitik sesama sendiri.
Malah AMANAH Bukit Katil melahirkan rasa kesal kerana PKR seolah-olah menjadikan diri mereka sebagai abang besar atau abang long dalam PH sehingga sewenang-wenang membuat keputusan sendiri dalam beberapa hal.
Oleh kerana itu AMANAH Bukit Katil ingin mencadangkan beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Cadangan-cadangan kepada parti-parti pembangkang.
1) PKR segera sertai Blok ke 3 bersama PAS dan Ikatan
2) PH berbincang dengan Blok ke 3 (PAS, PKR dan Ikatan) untuk memastikan 1 lawan 1 dengan BN pada 2 PRK Sg Besar dan K.Kangsar serta juga pada PRU 14 nanti.
3) PKR tidak perlu meletakkan sebelah kaki dalam PH dan sebelah tangan bersama PAS (blok 3)
4) Jika cadangan ini menjadi realiti AMANAH Bukit Katil yakin kedua-dua blok pembangkang mudah melaksanakan kerja masing2 dan mudah untuk membuat keputusan samada ingin berlawan dengan BN secara 1 lawan 1 atau 3 penjuru.
Mohd Sofi Abdul Wahab
Ketua Parti AMANAH Negara
Kawasan Bukit Katil

Comments

Unknown said…
Semoga jadi kenyataan..