.

.

30 May 2016

ANAK TEMPATAN CALON AMANAH WAKILI PAKATAN HARAPAN?

Pakatan Harapan akan meletakkan calon tempatan iaitu Pengerusi AMANAH Parlimen Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur, menurut sumber yang dekat dengan Pakatan Harapan lapor Malaysiakini hari ini.
Azhar, 50, yang berasal dari Sungai Besar merupakan seorang bekas guru dan kini menjalankan perniagaan sendiri. Beliau mempunyai ramai keluarga dan saudara-mara di kawasan Sungai Besar. Selain itu beliau juga mempunyai ramai kenalan, anak murid dan pelanggan-pelanggan perniagaan beliau.
Tidak syak lagi jika beliau dipilih, Pakatan Harapan telah memilih calon yang tepat. Antara alasannya :
1) Azhar Shukor adalah anak tempatan maka BN tidak ada peluang untuk menggunakan alasan calon luar.
2) Azhar Shukor anak tempatan yang mempunyai sanak saudara, rakan taulan dan kawan-kawan yang ramai di Parlimen Sungai Besar
3) Azhar adalah bekas Guru yang sudah tentu mempunyai ramai anak murid dan dikenali ramai di kawasan Sungai Besar
4) Azhar seorang usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri dan sering bermualamat dengan semua orang sudah tentu beliau mempunyai skil untuk berurusan dengan rakyat
5) Berpengalaman mentadbir sebagai ahli perniagaan dan pengalaman mendidik melalui profession beliau sebelum ini iaitu guru.
Malaysiakini juga melaporkan bahawa mengapa Presiden dan Timbalannya tidak diletakkan sebagai calon,  sumber yang dipercayai menyatakan bahawa pilihan raya kecil kali ini merupakan satu 'test market' bagi AMANAH.
Sumber tersebut memberitahu, sekiranya pimpinan tertinggi itu menjadi calon dan kalah, ia akan memberi gambaran dan imej buruk kepada parti.

1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter