UMNO/BN KALAH CINA MEMERINTAH MALAYSIA

UMNO Kalah
Cina Memerintah?
------------------
Saya telah berhenti minum pagi di R&R Temerloh pagi ini.
Selepas minum pagi saya akan menyertai kawan2 di Felda Bukit Goh, Kuantan Pahang dalam siri lawatan ke seluruh negara yang bertema 'Melayu Bermaruah' -
Selamatkan Malaysia.
Semasa minum pagi di R&R tersebut saya duduk bersebelahan dengan seorang anak Melayu sambil saya makan semangkok lontong.
Di hadapan beliau ada seorang lagi anak Melayu.
Mengenali saya anak Melayu yang duduk sebelah saya berkata "Kalau Umno kalah nanti Cina DAP mererentah negara".
Dalam hati saya berkata berkesan sungguh kempen orang2 Umno bahawa jika Umno kalah Cina akan berkuasa.
Saya telah dapat menerangkan sedikit kepada kedua2 anak Melayu tersebut yg itu cuma helah orang2 Umno.
Mereka takut orang Melayu beralih sokongan, lari daripada Umno dan menyokong parti2 dalam Pakatan Harapan seperti PKR, Amanah dan DAP termasuk juga Pas.
Saya beri tahu kedua2 mereka perkara itu tak betul.
Di Selangor bila Barisan Nasional kalah Menteri Besar tetap orang Melayu. Setiausaha Kerajaan Negeri Melayu, Pegawai Daerah2 Melayu, PKNS Melayu, Perangsang Melayu, MBSA Melayu, MBPJ Melayu.... malah semua kekal macam biasa ... Melayu.
Begitu juga semasa Pakatan Rakyat memerentah di Kedah, Perak dan juga di Kelantan pemerentah adalah di tangan Melayu.
Cuma di Pulau Pinang Ketua Menterinya Cina.
Tapi di Pulau Pinang memang selama2nya Ketua Menterinya Cina.
Wong Pau Nee, Dr Lim Chong Yu, Dr Koh Su Koon dan sekarang Lim Guan Eng.
Selain dari Pulau Pinang semuanya Melayu. Dari Perlis hingga ke Sabah.
Saya tanya kepada mereka apa yang orang Melayu nak takut?
Semuanya Melayu.
Sultannya Melayu.
Perdana Menteri Melayu. Timbalan Perdana Menteri Melayu. Menteri2 ramai Melayu. Tentera Melayu. Polis Melayu. Pegawai Kerajaan Melayu.
Malah semuanya Melayu.
Saya bertanya kepada mereka bagaimana Cina nak memerentah bila hampir semua jawatan penting dipegang orang Melayu.
Mereka tak boleh jawab.
Mereka tak mampu jawab. Sebab alasan mereka tak kukuh.
Sebenarnya anggapan Umno kalah Cina memerentah tak betul. Karut.
Ini hanyalah rekaan orang2 Umno.
Apa yang orang2 Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan lain2 mahu ialah mereka mahu pemimpin2 yang lebih baik, lebih amanah dan hidup secara sederhana.
Selepas setengah jam saya memberi hujjah saya beredar menuju ke Felda Bukit Goh, Kuantan.
Sepanjang saya berbicara dengan mereka tidak ada langsung mereka mencelah dan mengemukakan apa2 alasan yg menguatkan hujjah 'Umno kalah Cina berkuasa'.
Bagi saya orang2 Melayu masih confuse dan tak tahu membezakan parti dan kuasa.
Inilah cabaran pada kita yang bergerak ke seluruh negara.
Orang Cina bukan nak ambil alih kuasa dari orang Melayu. Orang Cina nakkan pemimpin Melayu yang amanah, baik, sederhana dan mempunyai kualiti kepimpinan yang baik.
Ramai orang Melayu, Cina, India, Kadazan dan Dayak serta yang lain2 berharap Pakatan Harapan terdiri Dari PKR, Amanah, DAP serta Pas boleh melakukannya.
Selamat berjuang.
TS Muhammad Muhammad Taib
Felda Bukit Goh
10 April 2016

Comments

Anonymous said…
Banglo tak ada swimming pool.
Melayu perintah...cina dap tetap bos mcm di Selangor.Melayu ikut telunjuk jerrrrr
JawaHill PM said…
Betoi betoi tu.....
JawaHill PM said…
Betoi betoi tu.....
Anonymous said…
Ni la namanya PANdir...bila suruh sokong hudud...dia kata jgn...nnt cina x sokong...xleh menang nnt ke putrajaya...seolah2 undi cina tu byk dan penting
Kemudian dia kata mana leh cina memerintah...bkn byk pun undi cina
Tak ke bangang namanya tu...mana satu ni
Padahal klu kita tlg tegakkan syiar islam apa salahnya...dpt dosa ke...takut sgt cina x redo...kelantan jer bkn satu malaya...dok fitnah sgt ulamak akhirnya fitnah dtg balik satu persatu...xnk insafla sudah la sofi...sekurg2nya dpn tuhan nnt jgn ckp org x pesan kt kau
Anonymous said…
Betul...asalkan org melayu yg x nk hudud walaupun itu hak org melayu...hak org cina kene tunaikan..kene jaga...mcm oktofest. Uishhh pantang klu bantah...islam kan memelihara hak org lain...smpi hak org islam pun islam bagi org bkn islam tentukan...yg ni cina nk pm melayu...asal jaga hati cina dari bn smpi ph...
Anonymous said…
Dulu2 pembesar mwlayu bertelagah disuruh org putih masuk campur...akibatnya lbh 100ntahun kita dijajah...nah kau...skrg madey plak suruh org putih masuk campur...x cukup tu pan siap suruh rakyat merusuh...ni la dia bila.hukum.allah tolak.tepi dulu...redo cina mesti dicari
Anonymous said…
Orang Melayu yang tahu berfikir tidak perlu ikut apa yang tidak betul. umno ada orang yang tahu berfikir? Namakan mereka, yang tahu bercakap berdasarkan kebijaksanaan dan bukan berdasarkan fitnah, bohong atau kutukan. Ali Baba dan 40 perompak ...semuanya dalam unmo dan bn. Orang Melayu yang terlalu malas berfikir atau berusaha akan menerima apa-apa yang diperkatakan oleh ustaz atau menteri, atau orang yang berpemikiran negatif...akhirnya tidak berjaya dalam hidup tapi menuduh orang lain menghalang jalannya.
Pencolekhangek said…
Orang Melayu sama saja macam bangsa lain. Oleh kerana orang Melayu ni kurang menggunakan otak maka mereka ditakdirkan didatangi oleh mubaligh-mubaligh Islam. Dengan itu harap orang Melayu berubah dan menjadi bangsa yang maju. Rupanya tidak. Walau pun Islam orang Melayu tetap mempunyai perangai huduh seperti suka berbomoh, suka menyantau,suka khianat, suka memfitnah, sangat suka makan percuma (sebab tu mudah dibeli mudah dihasut, mudah belot dan mudah patah semangat.) itulah sbabnya Nusantara berpecahbelah, kuasa rumpun Melayu mengecil. Ramainya pun macam buih dilaut.

Ini zaman maju manusia kena hidup rasional dan berpandukan alquran. Kita peduli siapa jadi PM. Dari Melayu haprak biarlah seorang Kadazan yang mukmin. Kalau PM keturunan Cina pun apa salahnya? Adakah ugama menggariskan ketua itu mesti dari bangsa sendiri. Melayu hanya selonggok saja di Sabah dan di Sarawak tetapi mengapa mereka jadi KM.

Yang penting mana-mana kumpulan manusia pun hanya perlukan seorang ketua yang dinamik, bersih dan setia. Melayu tidak perlukan seorang pengkhianat atau pun pendusta!