TERENGGANU HAMPIR PASTI DAPAT MB BARU

Tranungkite hampir pasti mendapat Menteri Besar baru. Spekulasi ini semakin kencang selepas MB sekarang, Ahmad Razif Abdul Rahman membatalkan semua program yang melibatkan beliau. 

Proses pertukaran MB ini mungkin berlaku dalam masa terdekat atau memakan masa yang lama. Mungkin melalui proses Pilihanraya negeri atau cara lain.

Kecuali mesyuarat exco hari ini, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor membatalkan semua program yang sepatutnya dihadiri beliau sehingga Sabtu.
Beliau sepatutnya merasmikan Karnival Usahawan Anak Terengganu 2016 pada Jumaat dan mesyuarat agung tahunan Yayasan Guru Malaysia Berhad pada Sabtu.
Kedua-dua program di Gong Badak.
Utusan Online melaporkan pergerakan Razif gagal dikesan semalam dan beliau juga difahamkan tidak terlibat dengan jadual atau program rasmi kerajaan sebagaimana lazim.
Perkara itu menimbulkan persoalan sama ada akan berlaku perubahan pucuk kepimpinan Terengganu.
Sumber : Malaysiakini.

Comments