RAKYAT SARAWAK BANGKITLAH BELA DIRI KITAK SENDIRI

Rakyat Sarawak ayuh bangkit untuk membela diri anda sendiri. Anda boleh membuat perubahan. Apa yang penting tuan-puan mesti berani berubah.

Lihatlah sekeliling tuan-puan. Bagaimana dengan kemudahan asas elektrik, air bersih dan sebagainya. Apakah kemudahan itu setanding dengan tempat-tempat lain dalam negara kita. 

Negeri Sarawak hasilnya banyak. Tetapi ke mana pergi hasilnya. Anda ada kuasa untuk menukar kerajaan pada PRN yang akan datangnya. Ayuh buatlah perubahan. Kepada pengundi Sarawak contohi kawan-kawan anda dari kaum Tionghua di Sarawak yang begitu bijaksana apabila memberi amaran keras kepada BN pada Piliharaya Negeri yang lalu di mana mereka memberikan kemenangan 12 kerusi kepada DAP di kawasan yang majoriti pengundi Tionghua. 

Kali ini sentimen pengundi Tionghua tetap sama. Mereka tetap akan memilih calon-calon DAP. Malaysiakini melaporkan bahawa Penganalisis politik Universiti Putra Malaysia, Profesor Jayum Jawan memberitahu Malaysiakini bahawa sokongan terhadap DAP mungkin akan kekal, jika pun tidak bertambah baik.
"Majoriti masyarakat Cina akan terus menyokong DAP dalam pilihan raya negeri akan datang.
"Mereka masih tidak berpuas hati dengan parti pemerintah terutamanya disebabkan oleh apa yang mereka lihat sebagai kegagalan kepimpinan negeri untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan yang terus dikuasai oleh segelintir individu dan kepentingan," katanya.
Kenyataan Jayum itu nampaknya disokong oleh penemuan kajiselidik yang dikeluarkan Merdeka Centre pada hari Rabu.
Hanya 41 peratus daripada pengundi Cina yang ditinjau, merasakan bahawa negeri ini menuju ke arah yang betul, berbanding dengan purata keseluruhan 55 peratus.
Sebaliknya, terdapat sedikit perbezaan antara responden bandar dan luar bandar yang ditinjau mengenai perkara itu, dan angka-angkanya hampir dengan purata.
Walau bagaimanapun, ia tidak jelas bagaimana sentimen ini akan diterjemahkan dalam bentuk undi.
Juga membantu keadaan DAP, kata Jayum, ialah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tidak mampu untuk menyuarakan kepentingan masyarakat Cina, dan sedang dilanda perbalahan kelompok dalaman.
Ini tidak baik bagi percubaan BN untuk memenangi semula pengundi Cina.
Bagaimanapun, Jayum percaya bahawa ia akan menjadi satu pembaziran sumber untuk DAP meneroka kawasan pedalaman Sarawak, kerana ia tidak akan dapat menembusi kerusi-kerusi tersebut.
Sementara itu, seorang lagi pemerhati politik, kurang yakin tetapi masih merasakan DAP akan dapat mempertahankan kedudukannya di kawasan bandar yang mempunyai majoriti masyarakat Cina.
Pengarah Institut Asia Universiti Tasmania, James Chin berpendapat masyarakat Cina masih curiga dengan Adenan.
Katanya, Ia tidak dinyatakan secara terbuka tetapi ramai merasakan Adenan tidak mempunyai penguasaan sepenuhnya dengan Taib sebagai yang dipertua negeri.
Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa DAP telah memenangi kerusi majoriti Cina dalam pilihan raya negeri yang lalu dengan majoriti yang begitu besar dan tidak mungkin parti itu boleh kalah di kerusi-kerusi berkenaan.
Mungkin, sebaliknya, margin kemenangan DAP boleh berkurangan.
Chin berkata, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada April tahun lepas juga merupakan satu topik hangat.

Comments