PRN SARAWAK : PENAMAAN CALON BERJALAN LANCAR

9.07am - Ba'kelalan: Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mengesahkan bakal calon parti itu di lima kerusi yang menghadapi pertikaian pembahagiannya, telah menerima surat kuasa dari parti itu untuk bertanding.
"Mereka berada di kawasan masing-masing iaitu Mulu, Mambong, Simanggang, Ngemah dan Murum," katanya kepada Malaysiakini melalui telefon.
"Sebelum pukul 10 pagi, kami akan menghubungi mereka untuk memberitahu mereka sama ada akan bertanding atau tidak.".
9.05am - Bawang Assan, Sibu: Beng Kor, calon bebas, tiba di pusat penamaan calon Dewan Suarah Sibu bersama penyokongnya.
8.50am - Bau: calon DAP dan PKR terserempak berhampiran pusat penamaan calon di Dewan Suarah Bau Tasik Biru dan Serembu.
DAP bertanding kerusi Tasik Biru manakala PKR bertanding kerusi Serembu, tetapi wujud ketegangan selepas PKR semalam bertegas untuk bertanding kerusi Tasik Biru.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, yang menyertai calon DAP kerusi Tasik Biru, Mordi Bimol, berarak ke pusat penamaan calon, terserempak dengan calon PKR bagi kerusi Serembu, Athina Sim, tetapi hampir tidak ada interaksi dan mereka tidak berjabat tangan.
8.45am - Bawang Assan: Kira-kira 50 penyokong DAP berjalan ke arah Dewan Suarah Sibu berdama dengan calon Chiew Sung Ngie.
Chiew, 38, seorang ahli perniagaan, memberitahu pemberita bahawa beliau menjangka pertandingan tiga penjuru di situ
Beliau dijangka berdepan dengan calon BN Wong Soon Koh, dan calon Parti Reformasi Negeri (Star) Wong Sing Wei.
Kira-kira 50 penyokong BN berkumpul, sementara menunggu Soon Koh, bersama-sama dengan maskot Parti Rakyat Bersatu itu, helang yang dinamakan 'Oooh Ha'.

Comments