.

.

25 April 2016

PRN SARAWAK : PENAMAAN CALON BERJALAN LANCAR

Pilihan raya bagi Bumi Kenyalang bermula secara rasmi hari ini, dengan proses pencalonan bermula jam 9 pagi ini.
Sejumlah 82 kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan, termasuk 11 kerusi baru ekoran pelaksanaan proses terbaru persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu.
Bagi Pakatan Harapan, nampaknya proses pembahagian kerusi belum dapat diselesai, selepas PKR menggesa diadakan rundingan semula pada saat-saat akhir semalam.
Ia selepas tersebar berita bahawa pengerusi PKR Sarawak Baru Bian mungkin menandatangani surat yang didakwa dikeluarkan oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali yang memberi kuasa wakil PKR untuk bertanding di Tasik Biru, Mambong, Simanggang, Bukit Semuja dan Mulu.
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dalam reaksi balasnya menegaskan bahawa mereka akan bertanding di Batu Kitang sekiranya PKR meletakkan calonnya di kelima-lima kerusi berkenaan.
Begitu juga dengan BN, dengan SUPP, UPP dan SPDP dan TERAS dijangka bertembung dalam gelanggang di Tasik Biru, Batu Kawah dan Bawang Assan.
Parti-parti yang bertanding mempunyai masa sehingga jam 10 pagi ini untuk mengemukakan pencalonan mereka. Rakyat Sarawak akan keluar mengundi pada 7 Mei ini.
Ikuti BLOG LANGSUNG dengan pasukan petugas Malaysiakinimembawa berita terkini dari Sarawak.

8.15am - Pujut: Suasana tenang di sini dan pertandingan empat penjuru dijangka berlaku di kerusi ini antara calon BN dengan tiga calon lain.
Penyandang kerusi Pujut Fong Poh Teck akan bertanding sebagai calon Bebas. Calon DAP ialah Dr Ting Tiong Choon, calon langsung BN Hii King Chiong dan calon PAS Jofrie Jaraiee.
9.15 pagi : Calon AMANAH di Beting Maro, Andri Zulkarnaen telah mengemukakan borang pencalonan kepada SPR di Pusat Penamaan calon iaitu Pejabat Daerah Pusa. 

2 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter