NEGARA RIMBA, KUASA DIGUNA UNTUK SELAMATKAN PEMIMPIN

Ini kisah sebuah negara rimba. di mana Raja Rimba akan menggunakan kuasanya untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang menentang dan melawannya. Siapa yang melawan maka pendek umurnya.

Undang-undang rimba ini jugalah yang digunakan oleh manusia yang berkuasa untuk menentang rakyatnya yang ditindas dan dizalimi. Ia diamalkan di seluruh dunia yang pemimpinnya mabuk kuasa dek kemewahan dan keseronokan dunia. Hendak apa sahaja dia dapat.

Walaupun pelbagai undang-undang dikenakan kepada rakyat yang cukup zalim dan menekan namun rakyat tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka akan ditangkap dan dikenakan pelbagai tindakan.

Kuasa yang ada pada manusia tersebut digunakan untuk memastikan mereka tidak kehilangan takhta dan kedudukan. Pelbagai undang-undang diperkenalkan hanya untuk memastikan kuasa mereka kekal sampai bila-bila. Malangnya si pengampu yang perutnya buncit kenyang makan dedak menjadi pengampu dan pelapik mengiyakan semua tindakan manusia yang berkuasa tersebut.

Namun manusia yang berkuasa itu lupa bahawa hidup ini hanya sementara ..........mahkamah Allah akan mengadili semua manusia nanti.

Gambar di atas sekadar hiasan tidak ada kena mengena dengan kisah Raja Rimba di atas.


Comments