MOGA YB HANIPA SEGERA SEMBUH

AJK AMANAH Pusat, YB Mohamed Hanipa Maidin petang tadi rebah di Dewan Rakyat dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas  pengsan secara tiba-tiba. 
Beliau kemudiannya dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi rawatan selanjutnya.
Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Amanah itu dibawa keluar dari persidangan Dewan Rakyat ketika perbahasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengenai Rang Undang-Undang Syarikat 2015.
"YB Sepang, Hanipa Maidin dikejar ke IJN sebentar tadi. Moga Allah permudahkan urusan beliau dan segera sembuh," kata Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan seperti tersebar di aplikasi WhatsApp sejak lewat petang tadi.
Sementara itu, Pegawai Parlimen memaklumkan Hanipa muntah-muntah dan tekanan darah peguam itu melonjak tinggi mencecah 250/110. Difahamkan juga beliau akan menjalani pembedahan malam ini.
Dalam hal berkaitan, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran turut memuat naik foto insiden berkenaan di laman sosial Twitter beliau.
Mohamed Hanipa adalah Ahli Parlimen Sepang sejak 2013 di bawah tiket Pas sebelum menyertai Parti Amanah Negara tahun lalu.
MOGA HANIPA SEGERA SEMBUH

Comments

Anonymous said…
Moga mampus cepat, tak mendatang faedah
Kelubi said…
Insya Allah kamu dulu...
Tak lama..
Insya Allah lusa meninggal
Di harapkan kao meninggal bkn mampus..amin amin amin
Anonymous said…
Kebodohan dn kejahilan mereka yg mendabik dada mengatakan mereka mengamalkn cara hidup Islam akan terserlah jika akhlak yg ditonjolkn mencerminkan mentaliti yg rendah. Utk non muslim pun kita blh mendoakn mereka agar cepat sembuh jika ditimpa kesakitan, apatah lagi jika sesama Muslim, kita digalakjn berdoa yg baik2.