JAMIL KHIR GAGAL

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur bagi membatalkan permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu prosiding rayuan qazaf beliau terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan akan didengar di mahkamah syariah.
Mesej Dr Wan Azizah di laman sosialMesej Dr Wan Azizah di laman sosialDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam mesejnya di laman sosial bersyukur dengan keputusan mahkamah syariah itu.
Mahkamah ujarnya mengarahkan kes dakwaan qazaf itu diteruskan dan ketua pendakwa, menteri agama dan ketua pengarah Jawi dinamakan sebagai responden.
"Mahkamah isytiharkan keputusan mahkamah sivil bagi pensabitan liwat tidak mengikat mahkamah syariah di bawah Akta 121(1A)..." mesej beliau dipetik.
Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini.com melaporkan rayuan Jamil Khir dan dua yang lain untuk membatalkan semua semakan dan notis rayuan Anwar ditolak panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur, Datuk Seri Md Yusup Che Teh.
Dalam keputusan sebulat suara, mahkamah memerintahkan kekhilafan Anwar selaku responden dalam rayuannya menamakan bekas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain dan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali boleh diperbetulkan.
Alasan yang diberikan dalam permohonan yang difailkan pada Mei tahun lalu adalah bahawa Che Mat telah bersara daripada Jawi manakala Shamsuddin telah dipindahkan ke Jabatan Peguam Negara.
Korum hari ini juga dianggotai Hakim Datuk Yusof Musa dan Hakim Mohd Amran Mat Zain.
Mahkamah Rayuan Syariah turut memutuskan, keputusan mahkamah persekutuan pada 10 Februari 2015 yang mengekalkan hukuman bersalah Anwar atas tuduhan meliwat Saiful tidak mengikat mahkhamah syariah kerana kedua-dua mahkamah adalah berbeza.
Qazaf adalah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki.
Jamil Khir, Shamsudin dan Che Mat mengemukakan permohonan bagi membatalkan semua notis rayuan yang difailkan Anwar atas alasan mereka tidak lagi memegang jawatan seperti yang dinamakan dalam rayuan.
Mereka juga mengemukakan alasan, bahawa mahkamah persekutuan pernah mensabitkan Anwar bersalah meliwat Saiful.

Comments

pencolekhangek said…
Alhamdulillah.
Anoynimous said…
Menteri akal itk
Kalau macam tu senang la buat salah buat naya lepas tu letak jawatan, tukar jawatan lain, lepas tu kes tutup, phuiiiii