.

.

09 March 2016

AMANAH BUKIT KATIL TERUS MARA DAN SEMAKIN DITERIMA RAKYAT

AMANAH BUKIT KATIL BERKEMBANG PESAT TUBUH CAWANGAN KE 8
Padang Jambu : Parti AMANAH Negara Kawasan Parlimen Bukit Katil terus melebarkan sayapnya dengan menubuhkan cawangan penaja kelapan iaitu Cawangan Padang Jambu.
Timbalan Ketua AMANAH Bukit Katil, Mohd Ali Sharif berkata AMANAH semakin mendapat sokongan rakyat di Bukit Katil di mana satu demi satu cawangan ditubuhkan bermula selepas AMANAH dilancarkan September lalu.
"Sejak September tahun lalu kita telah berjaya menubuhkan 8 cawangan bermakna di mana kita berjaya menubuhkan 1 cawangan setiap bulan. Ini membuktikan bahawa AMANAH semakin mendapat tempat di hati rakyat"
"Bagi pihak AMANAH Bukit Katil, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh AJK Penaja Cawangan Padang Jambu yang berani membuat perubahan dalam keadaan rakyat semakin tertekan dengan kehidupan seharian mereka" ujar Ali pada ucapan ringkasnya pada majlis tersebut.
Majlis penubuhan Cawangan Penaja tersebut berlangsung malam tadi di rumah Jaafar Ahmad di Jalan Delima Raya, Padang Jambu.
Ahli-ahli yang hadir pada majlis bersejarah tersebut sebulat suara memilih Jaafar Ahmad sebagai Ketua; Ismail Ibrahim dilantik sebagai Naib Ketua, manakala Roslan Rahim dan Taufik Kadir masing-masing menyandang jawatan Setiausaha dan Ketua Pemuda.
Padang Jambu adalah salah satu dari Pusat Daerah Mengundi dalam DUN Bukit Baru di mana pada PRU 13 lalu PAS melalui calonnya Dr Khalid Kassim menang dengan majoriti lebih dari 250 undi.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha AMANAH Bukit Katil, Mustaffa Ali; Pengarah Biro Pilihanraya, Shamsir Mohd; Bendahari Hj Ab Rahhim Idris serta beberapa AJK kawasan iaitu Md Yani Ismail, Osman Md Jedi, Baba Ismail, Alimat Abu, Saad Ahmad dan Hj Bakrin Sidek.

1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter