70 % RESPONDEN SOKONG DEKLARASI RAKYAT, NAJIB WAJAR LETAK JAWATAN?

Malaysiakini melaporkan bahawa satu tinjauan media sosial yang dilakukan Malaysiakini mendapati terdapat sokongan padu terhadap Deklarasi Rakyat dan peranan dimainkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam gerakan itu.
Daripada 5,852 responden di Facebook dan akaun Twitter Malaysiakini (Bahasa Inggeris), 76.2 peratus memihak perisytiharan itu yang bertujuan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada jawatannya.

Bagaimanapun, 11.6 peratus memilih untuk menolak perisytiharan itu dan keputusan pembangkang bekerja dengan Mahathir, 8.8 peratus mengatakan ia tidak akan berjaya, 16 peratus berasa skeptikal dan 7 peratus lagi berkata mereka tidak peduli.
Deklarasi Rakyat untuk 'Menyelamatkan Malaysia' itu ditandatangai Jumaat lalu dan diketuai oleh Mahathir dalam usaha menyingkirkan Najib sebagai PM, serta melaksanakan pembaharuan terhadap institusi negara.
Antara mereka yang menandatangani deklarasi itu ialah timbalan presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ahli-ahli parlimen pembangkang Azmin Ali dan Lim Kit Siang, serta pemimpin masyarakat sivil, Ambiga Sreenevasan dan Maria Chin Abdullah.
Dari kajian ini jelas majoriti rakyat tidak menyokong Najib dan wajar beliau meletakkan jawatan atau membubarkan parlimen. Jika beliau seorang yang bersifat negarawan beliau sudah tidak akan bertangguh untuk meletakkan jawatan segera.

Comments

Anonymous said…
Pejuang bangsa yg sibok isi tembolok tetap menolak deklarasi ini..pejuang islam yg kurang tulin dan kluk klek juga perlu kaji dulu..
Anonymous said…
MAN BOLEH NAJIB/ROSMAH LETAK JAWATAN TAK PATUT PENGKHIANAT HARUS DITANGKAP DAN DIJATUHKAN HUKUMAN PANCUNG SAMPAI MATI
Anonymous said…
deklarasi syok sendiri.. najib tak takut pun.. najib akan tetap jadi perdana menteri walau selepas pru14 sekalipun.. sayang najib.
Wahid Tetap Satu said…
Apa pasal tak kata 100% je, rakyat setuju..lagi mudah orang percaya.
Puak2 Deklarasi yang kononnya dari rakyat..hanya milik tokoh serpihan UMNO dengan group yg suka ambil kesempatan murahan dari DAP & nak dedaknya dari PAN.

Selesai ke dgn Najib turun, jika mereka berjiwa UMNO juga yang memerintah Malaysia. Lagi parah jika Melayu PAN budak suruhan DAP yang memerintah negara ini.

Lihat aje isu Banglo, ada Melayu PAN berani nak tanya? Nak tanya pun takut..cuba bayangkan jika jenis ni diberi amanah utk jaga negara ini.

Buka minda anda jangan sempitkan.